03 Mac 2011

Masalah Absorber Saga/Iswara dan Suspension yang Disarankan

Saga/Iswara ni kalau x lain x bukan masalah suspension nyer yang lembik sangat. Tak usah citer nak main corner,langgar bumping sikit pun kereta dan berayun macam naik kapal kat laut. Lagi-lagi kalau kereta jenis bawak muatan berat (family/barang).Susah nak cari sistem gantungan(suspension) yang tebaik untuk Saga/Iswara ni. Yang mana x keras sangat,x lembut sangat. Sedap naik je macam Honda Accord tu. hehe.
Kat sini saya ada satu cadangan yang baik untuk mereka yang bujang dan suka layan corner dan yang dah berkeluarga.


Try absorber SAPURA ProRide nitrogen gas punyer.Kaler kuning untuk high performance.Beli sekali dengan spring. Ni memang betul-betul keras r.Kurang sesuai untuk long distance (sakit badan).Kalau setakat nak layan corner kat Bukit Putus,Kuala Pilah tu memang sajak


Kalau rasa nak lembut sikit,boleh try pakai absorber gas xkisah la standard or high performance tapi pakai spring standard. Ni kira ok sikit sebab kalau langgar bumper tu masih rasa macam ada absorber.(bukan selak dengan kayu) Absorber yang dicadangkan :


SAPURA ProRide


WINGS



R-Tech


JASMA (brand ni aku kurang yakin sebab setau aku,JASMA ni kalau kat Jepun dia buat part exhaust.Japanese Automotive Sports Muffler Association. Apasal brand absorber pulak?Kan dah terang2 tulis muffler tu)






Brand tak mendatangkan apa2 kesan pun pada absorber. Cuma maybe tahan dengan tak tahan je la. Tapi keras semua lebih kurang je. Harga pun semua lebih kurang. Adjustable saya tak sarankan sebab keras sangat. Pada sapa2 yang pakai iswara berkuasa MIVEC atau 4G91/4G93 boleh la guna sebab enjin ni berat. Kalau pakai adjustable memang cun2 je.




Diharap info yang diberikan diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda para pembaca Sembang Moto-Kar. Terima kasih atas sokongan anda. 

17 Februari 2011

Saga Berapi

16 Februari 2011

Sportrim Kereta Bengkok?

Hari ini lari sikit dari dunia motosikal sebab saya nak kongsi sedikit mengenai bagaimana nak tau sportrim kereta bengkok dan apa nak buat kalau dah bengkok selain buang je,dan beli sportrim baru. Apa ciri2 yang anda rasa pada kereta anda jika sportrim bengkok :

1. Steering bergegar
2. Dashboard bergegar
3. Tayar berbonjol
4. Cermin tingkap bergegar
5. Satu kereta bergegar (paling teruk)

Biasanya kalau langgar lubang yang besar pada kelajuan tinggi akan jadi perkara seperti diatas. Itu bermakna sportrim anda dah bengkok. Memang rasa tak best n nak tukar sportrim baru je. Tapi ada gak yang sampai tayar pecah (laju sangat la tu). Kadang2 pada bahagian bibir sportrim je yang bengkok. Tapi itu tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kereta anda. Cuma ada gegar sikit-sikit je. Tak rasa sangat pun.







Cara nak check sportrim bengkok selain hantar kat kedai tayar :

1. Jack pada bahagian depan sampai kedua-dua tayar depan terangkat. Jangan lupa utk tarik handbrek dulu sebelum jack.

2. Start enjin dan masuk gear 1 utk kereta pacuan depan dan biarkan tayar berpusing (pacuan belakang jgn buat la)

3. Perhatikan pusingan tayar betul2 bulat atau tidak. Kalau sebelah tayar je berpusing,tahan tayar yang berpusing 2 ngan kaki sampai berhenti. Konfem tayar lagi sebelah pulak yang pusing.

4. Buat perkara yang sama untuk tayar belakang pulak.

5. Kalau bengkok,beli lah sportrim baru.hahaha. (gurau je)


Masih ada inisiatif untuk membetulkan sportrim yang bengkok tu. Caranya....

1. Buka sportrim yang bengkok itu dan ganti dengan tayar spare.

2. Bawa sportrim ke kedai tayar dan minta diorang buka tayar daripda sportrim. Kos lebih kurang RM5 je.

Buka Tayar

3. Hantar ke bengkel engineering. (biasanya diorang boleh buat). Ia mengambil masa lebih kurang 1/2 hari utk disiapkan bergantung pada bengkel. Diorang akan bakar sportrim tu kalau bengkok teruk sangat untuk bulatkan balik. So,stanby je la kalau warna pada sportrim tu akan hilang sebab diorang bakar. Kalau tak berapa teruk,diorang akan ketuk je n lay sedikit pada bahagian yang berbonjol. Tapi hasilnya tak la perfect macam beli sportrim baru. Cuma sedap la sikit kalau nak pakai. . Kos lebih kurang RM50-RM100 bergantung pada bengkel.

Kerja Kejuruteraan
4. Pegi kedai tayar utk pasang balik sportrim tu dan buat balancing. Kos lebih kurang RM5 1 biji tayar bergantung pada kedai. Kalau allignment lari,buat la allignment sekali. Kalau tegak takpe la sebab allignment ni bergantung pada steering rack. Bukan pada rim. Tetapi saya sarankan juga utk adjust chamber sebab ada kemungkinan chamber akan tumbang semasa langgar lekuk yang kuat 2. Chamber ni kalau tumbang tak nampak. Tetau tepi tayar 2 dah berbulu je. Nak rasa chamber tumbang ke tak,try pusing steering kekiri dan kekanan semasa kereta kereta berhenti atau selekoh. Kalau rasa tak sama berat, contohnya kekanan lebih berat daripada kekiri, maknanya chamber tumbang la 2. Tak pasti belah kiri ke kanan. Pergi hantar check kat kedai la jawabnya.

Pemasangan tayar
Balancing

Allignment & Adjust Chamber


Ringkasan kos:

Umpil tayar (RM5)
Engineering work (RM100)
Cat kalau perlu (RM40)
Balancing 2 biji tayar (RM10)
Allignment & adjust chamber (RM45)

Jumlah (RM200 kos maksimum)
Kan jimat sikit daripada beli sportrim baru.

Diharap info yang diberikan diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda para pembaca Sembang Moto-Kar. Terima kasih atas sokongan anda.

02 Februari 2011

Perbezaan RXZ 5 Speed,RXZ Energy,RXZ Millenium,RXZ Boss dan RXZ Catalyzer

Inovasi daripada pembikinan Boss adalah Catalyzer.Oleh itu terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua motosikal ini sesuai dengan perkembangan zaman dunia permotoran.RXZ Catalyzer direka untuk memenuhi nilai estetika yang diingini oleh pengguna.Disini akan dibincangkan perbezaan antara kedua-dua motosikal ini.


1. Cover set

Perbezaan ketara antara Boss & Catalyzer adalah cover set.Boss direka sesuai dengan peredaran zaman dahulu dimana kebanyakan kenderaan direka dengan lampu bulat dan petak sahaja.

RXZ catalyzer direka seolah-olah ikan jerung dan kelihatan garang sesuai dengan prestasi enjinnya.


1st Model Catalyzer

2nd Model Catalyzer
Catalyzer the Boss

Catalyzer Still the Boss

RXZ Millenium dan Boss mempunyai reka bentuk yang sama tetapi pemilihan warna yang berbeza.RXZ millenium menggunakan cover set 2 warna (perbezaan warna set depan dan belakang) manakala RXZ boss direka dengan 1 warna (depan sampai belakang).



RXZ Millenium

RXZ Boss

RXZ Boss

RXZ Energy lebih dikenali sebagai RXZ Narong.Rekabentuk sama seperti Boss dan Millenium tetapi perbezaan warna terdapat pada kiri dan kana motosikal.Sukar utk menjelaskan perbezaannya.Tetapi gambar dibawah boleh memberikan keterangan yang jelas.


RXZ Energy

RXZ Energy

RXZ 5 Speed pula mempunyai fairing yang lebih kecil berbanding RXZ Boss dan Millenium.Perbezaannya hanyalah pada fairing sahaja.


RXZ 5 Speed

RXZ 5 Speed

RXZ 5 Speed

Disini ada satu lagi jenis RXZ yang diberi jolokan RXZ Yahoo.Kurang pasti dimana asalnya tetapi telah menjadi kegilaan para pencinta RXZ Boss.Set ori nya dijual dengan harga mencecah RM1600 full set siap tank dan sticker.Sama harga dengan 4biji sportrim kereta saya.


RXZ Yahoo

More picture?
Klik http://www.bikepics.com/yamaha/rxz135/10/pics.asp

2. Enjin

Pada pendapat saya,catalyzer mempunyai ketahanan enjin yang paling baik (dalam keadaan standard tanpa mengubah mainjet).Ini kerana carburator catalyzer mempunyai 2 rongga minyak yang berfungsi membekalkan minyak secukupnya pada kelajuan yang tinggi dan penjimatan minyak pada kelajuan rendah.






Diharap info yang diberikan diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda para pembaca Sembang Moto-Kar. Terima kasih atas sokongan anda.

01 Februari 2011

Tips Mengelakkan Kecurian Motosikal Kesayangan Anda dan Helah Kaki "Hijack"



Selalu kita dgr tentang kecurian motosikal.Kesian juga kat owner moto tu.Bayar hutang kat kedai moto tapi moto dah kena kebas dengan kaki hijack.Motosikal yang selalu menjadi mangsa ialah RXZ catalyzer.EX5 dream,125 Skala & LC 135.Disini saya nak berkongsi sedikit tentang cara nak jaga motosikal kesayangan anda tu.

1 Pasang remote control alarm

2 Gunakan mangga yang berwarna kuning.Lock pada sprocket dan bukan pada disc brake.Beli la mangga kuning yang berkualiti sikit sebab biasanya mangga kuning ni mudah berkarat dan jadi masalah pulak bila kita nak bukak.Mangga jenis SOLEX kurang sesuai digunakan kerana senang dicungkil dengan sepanar 10.Jangan gunakan lock disc kerana begitu senang dicungkil menggunakan skru driver.Lock fork pun still ok tapi senang ditanggalkan meggunakan asid sulfurik pekat.Tetapi senarai lock diatas boleh digunakan sebagai lock tambahan utk motosikal anda (kalau rajin nak lock semua)

3 Pasang suis tambahan pada motosikal anda.Suis ini hendaklah diletakkan ditempat yang sukar dilihat tetapi senang kepada owner utk on kan.Jgn beritahu rakan2 atau sesiapa pun tentang kewujudan suis itu.Anda saja yang tahu.Contoh tempat yang boleh diletakkan ialah dibawah tempat duduk,disebelah tangki atau dibawah mudguard belakang.Suis boleh dibeli dikedai aksesori kereta dan kata pada tauke kedai tu nak beli suis sportlight warna hitam.Konfem tauke tu tau.Harganya dalam lingkungan RM7 bergantung pada jenis ,brand n kedai.Biasanya kedai servis motosikal tidak menyediakan perkhidmatan seperti ini.Oleh itu, carilah rakan anda yang bekerja sebagai mekanik atau pergilah ke bengkel servis motosikal (Malay owner especially)

4 Jangan parking motosikal anda ditempat yang taida orang jaga tetapi terdapat banyak motosikal parking disitu.Kebiasaannya kaki hijack ni lagi senang nak jalankan kegiatan diorang sebab boleh buat macam moto sendiri je.Tak ada orang kisah.

Paparan CCTV

5 Gunakan Ignition Key yang berbentuk pelik sedikit (lain dari yang lain) seperti bentuk NAZI,T dan sebagainya. Standard Ignition Key mudah di'hijack' menggunakan Allen Key yang ditajamkan.

6 Untuk pengguna Yamaha 125z,anda boleh mencabut CDI yang terletak dibawah tempat duduk bersebelahan dengan Battery partition. Pada saya ini adalah cara paling selamat kerana kaki hijack perlu miliki CDI juga untuk menghidupkan enjin dan perlu membuka tampat duduk untuk memasang CDI (jika ada).Tetapi pastikan anda memasangnya semula ketika hendak menggunakannya.

7 Jangan parking motosikal anda ditempat larangan parking kerana terdapat juga kes dimana lori Majlis Perbandaran angkut motosikal ni. Hebat helah kaki hijack ni.

Walaupun begitu,jangan terlalu yakin jika anda mengikut semua langkah diatas bermakna motosikal anda selamat.Sebaiknya kita harus mencuba untuk mengelakkan motosikal kita dicuri dengan cara melengahkan lagi kerja si kaki hijack ni (or maybe tak jadi hijack sebab tak cukup kepakaran).Kalau susah sangat,diorang tunda je moto tu wat macam moto rosak.


Diharap info yang diberikan diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda para pembaca Sembang Moto-Kar. Terima kasih atas sokongan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...