Kereta


Saga/Iswara ni kalau x lain x bukan masalah suspension nyer yang lembik sangat. Tak usah citer nak main corner,langgar bumping sikit pun kereta dan berayun macam naik kapal kat laut. Lagi-lagi kalau kereta jenis bawak muatan berat (family/barang).Susah nak cari sistem gantungan(suspension) yang tebaik untuk Saga/Iswara ni. Yang mana x keras sangat,x lembut sangat. Sedap naik je macam Honda Accord tu. hehe.
Kat sini saya ada satu cadangan yang baik untuk mereka yang bujang dan suka layan corner dan yang dah berkeluarga.


Try absorber SAPURA ProRide nitrogen gas punyer.Kaler kuning untuk high performance.Beli sekali dengan spring. Ni memang betul-betul keras r.Kurang sesuai untuk long distance (sakit badan).Kalau setakat nak layan corner kat Bukit Putus,Kuala Pilah tu memang sajak


Kalau rasa nak lembut sikit,boleh try pakai absorber gas xkisah la standard or high performance tapi pakai spring standard. Ni kira ok sikit sebab kalau langgar bumper tu masih rasa macam ada absorber.(bukan selak dengan kayu) Absorber yang dicadangkan :

SAPURA ProRide

WINGS


R-Tech

JASMA (brand ni aku kurang yakin sebab setau aku,JASMA ni kalau kat Jepun dia buat part exhaust.Japanese Automotive Sports Muffler Association. Apasal brand absorber pulak?Kan dah terang2 tulis muffler tu)




Brand tak mendatangkan apa2 kesan pun pada absorber. Cuma maybe tahan dengan tak tahan je la. Tapi keras semua lebih kurang je. Harga pun semua lebih kurang. Adjustable saya tak sarankan sebab keras sangat. Pada sapa2 yang pakai iswara berkuasa MIVEC atau 4G91/4G93 boleh la guna sebab enjin ni berat. Kalau pakai adjustable memang cun2 je.


Diharap info yang diberikan diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda para pembaca Sembang Moto-Kar. Terima kasih atas sokongan anda. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...