Perbezaan RXZ 5 Speed,RXZ Energy,RXZ Millenium,RXZ Boss dan RXZ Catalyzer
Inovasi daripada pembikinan Boss adalah Catalyzer.Oleh itu terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua motosikal ini sesuai dengan perkembangan zaman dunia permotoran.RXZ Catalyzer direka untuk memenuhi nilai estetika yang diingini oleh pengguna.Disini akan dibincangkan perbezaan antara kedua-dua motosikal ini.
1. Cover set
Perbezaan ketara antara Boss & Catalyzer adalah cover set.Boss direka sesuai dengan peredaran zaman dahulu dimana kebanyakan kenderaan direka dengan lampu bulat dan petak sahaja.
RXZ catalyzer direka seolah-olah ikan jerung dan kelihatan garang sesuai dengan prestasi enjinnya.
1st Model Catalyzer |
2nd Model Catalyzer |
Catalyzer the Boss |
Catalyzer Still the Boss |
RXZ Millenium dan Boss mempunyai reka bentuk yang sama tetapi pemilihan warna yang berbeza.RXZ millenium menggunakan cover set 2 warna (perbezaan warna set depan dan belakang) manakala RXZ boss direka dengan 1 warna (depan sampai belakang).
RXZ Millenium |
RXZ Boss |
RXZ Boss |
RXZ Energy lebih dikenali sebagai RXZ Narong.Rekabentuk sama seperti Boss dan Millenium tetapi perbezaan warna terdapat pada kiri dan kana motosikal.Sukar utk menjelaskan perbezaannya.Tetapi gambar dibawah boleh memberikan keterangan yang jelas.
RXZ Energy |
RXZ Energy |
RXZ 5 Speed pula mempunyai fairing yang lebih kecil berbanding RXZ Boss dan Millenium.Perbezaannya hanyalah pada fairing sahaja.
RXZ 5 Speed |
RXZ 5 Speed |
RXZ 5 Speed |
Disini ada satu lagi jenis RXZ yang diberi jolokan RXZ Yahoo.Kurang pasti dimana asalnya tetapi telah menjadi kegilaan para pencinta RXZ Boss.Set ori nya dijual dengan harga mencecah RM1600 full set siap tank dan sticker.Sama harga dengan 4biji sportrim kereta saya.
RXZ Yahoo |
More picture?
2. Enjin
Pada pendapat saya,catalyzer mempunyai ketahanan enjin yang paling baik (dalam keadaan standard tanpa mengubah mainjet).Ini kerana carburator catalyzer mempunyai 2 rongga minyak yang berfungsi membekalkan minyak secukupnya pada kelajuan yang tinggi dan penjimatan minyak pada kelajuan rendah.
Diharap info yang diberikan diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda para pembaca Sembang Moto-Kar. Terima kasih atas sokongan anda.